Tuesday 28 August 2012

berbakti kepada ibu bapa itu ibadah

salamunalaik....

alhamdulillah kenduri doa selamat telah selesai .....sangat terharu degn komitmen semua....maklumlah diri x sehebat mane untuk dihargai...namun bila sekali dihargai terasa ini rupanya nikmat kecil yang mahu Allah berikan...kini sedang sibuk dengan komitmen sebagai anak yang ingin berbakti kepada Allah...

ya sebelum berangkat ke jordan ....masa ini perlu diisi dengan keluarga....semoga Allah berkati perjalanan hidup keluarga ini....memasak dengan ibu ....membantu ayah....memberi kasi sayang kepada adik2 itu merupakan tanggungjawab yang berat sebenarnya....dan tidak boleh dipandang remeh...

hati ini tidak pernah risau hendak berangkat ke jordan ....kerana yakin di sana Allah letakkan keberkatan dibumi tersebut...dan ke mana sahaja kaki melangkah Allah sentiasa enjadi pelindung .....itulah ciri2 taqwa yang ingin dikejar...maka hati pelru dimuhasabah....

berbakti kepada ibu bapa banyak caranya...sedar atau tidak sedar ..memudahkan ibu ayah juga...berbakiti kepada ibu bapa....berdoa kepada merekajuga berbakti kepada mereka...
belajar bersungguh-sungguh juga berbakti kepada mereka....

mungkin sesetengah anak2 akan mengeluh bila disuruh ini dan itu....namun tahukan kita sebagai anak ...setiap keluhan itu Allah dengar ...dan jika ibu bapa dengar akan terguris hati mereka...bukankah keredhaaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa...kesannya bukan sahaja berkat berkurangan malah penat tak berkesudahan dalam keluhan yang mengotorkan hati....

setiap perbuatan kite di pandang Allah dan yang lebih penting kedudukan hati kita sama ada dalam ikhlas atau tidak itu Allah sahaja yang bijak menilai...kadang2 kita sendiri tidak sedar akan kedudukan hati ini...hanya boleh melihat hasilnya....

oelh itu....sayangilah ibu bapa....sesungguhnya..kerana mereka cinta kita selepas ALLAH DAN RASUL S.W.T....